Monday, April 6, 2009

kebaruan

next. about AGM.
AGM 2008/2009 selamat diadakan pada 2 APRIL 2009 bertempat di Dewan Kuliah G. walaupun kehadiran kurang memberansangkan disebabkan ahli2 mempunyai komitmen lain serta alasan2 yang lain, AGM diadakan juga. dan keputusannya ialah spt berikut:
YDP: Ulysses
NYDP: Siti Hajar
S/U Agung: Amirah
Bendahari: Christina

Harapan: semoga terus memperjuangkan PERKASA serta mengenalpasti masalah serta merawati permasalahan tersebut. Kepada mantan2 MT, terima kasih atas perjuangan anda semua sebelum ini. Dengan pengalaman yang diperolehi semoga dapat diaplikasikan dalam kehidupan selepas ini terutama kehidupan selepas universiti.

Diri ini tidak mampu menaip panjang kerana menghadiri suku mesyuarat kerna perlu menghadiri mesyuarat lain. dan hendaknya memerluka seseorang yang lain juga membantu memberi laporan di sini. Untuk BAKTIS, tidak dapat melaporkan aktiviti berkenaan kerana diri ini tidak pergi ke sana. Mana-mana insan yang ingin berkongsi BAKTIS amat-amat dialu-alukan.

Diri ini bercadang untuk membuat satu social network untuk budak2 swak di Universiti, khasnya di USM ini. Seandainya bersetuju oleh majoriti, akan dibuat. Silakan nyatakan pendapat anda semua.

Akhir kata dari saya, selamat belajar untuk final exam. Dan bagi yang akan menghabiskan hari2 terakhir di USM, semoga berjaya di luar kelak.

Salam Belajar. H.A.W.

2 comments:

Perkumpulan Siswa Siswi Sabah said...

Salam sejahtera,

Sekalung ucapan tahniah buat barisan majlis tertinggi & barisan exco PERKASA sidang 2009/2010.

Perkumpulan Siswa/i Sabah PERSIS, ingin menjemput pihak anda untuk menjadi sebahagian daripada RAKAN PERSIS.

Seandainya, pihak anda menerima pelawaan daripada kami untuk mengikuti RAKAN PERSIS, InsyaAllah, pihak kami akan menjemput anda ke mana-mana majlis yg bakal kami rancangkan.

Selain itu juga, melalui RAKAN PERSIS, kami berharap, wujud hubungan baik antara 2 pihak yang dapat bekerjasama dalam 1 aktiviti kelak. Dengan itu, selari dengan objektif persatuan, melalui RAKAN PERSIS, akan wujud nilai silaturrahim yang mampu melenyapkan belenggu pemikiran yang sempit, individualistik dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli bagi membentuk daya pemikiran yang positif serta mampu berinteraksi dalam pelbagai situasi.

Sekiranya pihak anda terbuka hati untuk menerima pelawaan kami, sila emailkan respon pihak anda ke alamat;

PersisUsm@gmail.com

Pihak kami amat mengalu-alukan kerjasama daripada persatuan anda.

Terima Kasih

Independence4Unity

perkasa said...

terima kasih atas comment oleh PERSIS. Mengenai RAKAN PERSIS, akan dibincangkan oleh rakan-rakan yang menjadi MT and Exco. Saya hanya selaku penulis blog akan menyalurkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan.

Terima Kasih:)