Wednesday, April 29, 2009

end of session 2008/2009

berakhir sudah sidang 2008-2009. hala tuju selepas ini berubah bagi yang sudah graduate. memegang title sebagai mahasiswa bukan mudah, tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang sangat gawat. untuk mereka2 yang sudah tamat pengajian apakah rancangan anda?
maybe pulang taklah terus keja kan, nak relaks la dulu. tapi relaks paling lama boleh tahan pun 2 minggu la kot. lepas tu akan start jadi gila macam pusak hilang anak. Jom kita tengok apa option yang ada lepas graduate:

1. Belajar tinggi2 mesti nak keja baik2. Oleh itu merajinkanlah diri anda melayari portal2 di Internet. Bagi yang ingin memberi sumbangan dalam sektor awam, rajin2kanlah diri anda check portal SPA.

2. Try juga lah di JobStreet sbb banyak firma guna jobstreet utk hire pekerja. More efficient. Kalau da masalah nak me'resume' Jobstreet boleh tolong gak.

3. Kalau nak meniaga, sangat2 digalakan terutama dalam SME. SME dlam Swak masih belum ramai yang terllibat. Kalau berminat check la website SMIDEC kat www.smidec.gov.my

4. Dunia pelaburan buat masa ini agak ok lah sikit since peralihan kuasa, ekonomi pun beralih sikit. Jadi joinlah unit trust. Boleh gak naik BMW dua tiga tahun lagi kan.

5. TAKNAK KERJA? Nak study lagi. Dipersilakan menyambung study anda bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatkan daya saing.

6. KERJA TAKNAK, STUDY pun TAKNAK. Korang nak bantu Malaysia mencapai matlamat dalam Dasar Kependudukan 70 juta. Silakanlah kawen dan jangan lupa menjemput kami ok;)

Dimana pun anda berada, serta apa pun anda lakukan di luar sana, kami mendokan kejayaan anda semua. Sekiranya terkasar bahasa ketika bersama, kemaafan yang tidak terhingga saya pohonkan.

Bagi yang bercuti untuk 2 bulan ni, selamatkanlah cuti anda. Saya memerlukan rakan penulis di sini sebab saya turut memiliki blog peribadi.

sekian.

No comments: