Thursday, October 29, 2009

Kenyalang Lestari

Projek Kenyalang Lestari

Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA) USM akan mengadakan projek Kenyalang Lestari pada semester depan. Maklumat lanjut bagi program ini adalah seperti berikut :

Tempat : Kuching, Sarawak
Tarikh : 13 Februari - 20 Februari
Bayaran : RM 280 ( untuk ahli PERKASA )
RM 350 ( untuk bukan ahli PERKASA )
( Merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik serta
penginapan sepanjang program)
Deposit : RM 80 sahaja ( Sila bayar sebelum 30 November )
Bayaran penuh boleh dibuat pada semester depan semasa bulan Januari nanti.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudari Amirah Nurlujannah, 019-4462578 atau emel kepada perkasa.kamekkitak@yahoo.com. Bagi yang hendak mendaftar sebagai peserta, anda turut digalakkan bagi menghubungi saudari Amirah Nuruljannah.

Pengalaman yang menarik dan tidak boleh dilupakan menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang ini, daftarlah sebagai salah seorang peserta Kenyalang Lestari.

Friday, August 21, 2009

Hari Interaksi PERKASA Di Pantai Kerachut

Hari Interaksi Sidang 2009/2010 telah diadakan di Pantai Kerachut. Seramai 26 orang peserta telah mengikuti program ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di Pantai Kerachut. Terima kasih kepada semua ajk dan peserta yang telah terlibat dalam menjayakan Hari Interaksi PERKASA.

Wednesday, July 22, 2009

Hari Interaksi Perkasa

Hari Interaksi Perkasa 2009



( Pemandangan semasa hiking ke Pantai Kerachut )

( Tasik Meromiktik di Taman Negara Pulau Pinang. )


Hari Interaksi Perkasa akan diadakan pada 2 Ogos 2009 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara anak-anak sarawak namun ini tidak bermakna mahasiswa dari negeri lain tidak boleh mengikuti Hari Interaksi ini. Yuran bagi Hari Interaksi ialah RM 15 bagi ahli PERKASA manakala bagi bukan ahli yuran dikenakan sebanyak RM 18.oo. Antara aktiviti yang akan dijalankan, hiking, game, sesi suaikenal dan sebagainya. Kepada yang berminat untuk menyertai Hari Interaksi sila datang ke kaunter PERKASA untuk mendaftar. Sila Hubungi Melissa Edward 019-4150668 dan Amirah Nuruljannah Binti Haji Awie 0194462578 untuk keterangan lanjut.

T-Shirt PERKASA

Front

Baju PERKASA Untuk Sidang 2009/2010


Back

T-shirt PERKASA telah direka oleh Mohd. Hafiz Bin Hossen yang merupakan Exco Teknikal dan Pameran PERKASA bagi sidang ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah T-Shirts PERKASA sila datang ke kaunter PERKASA di DK Foyer. Kaunter PERKASA akan dibuka dari 21-24 Julai 2009. Harga bagi T-shirt ini ialah RM20.oo dan anda juga boleh menempah baju terlebih dahulu dan membayarnya kemudiaan. Anda boleh memilih baju lengan pendek atau panjang. Sila hubungi Amirah Nuruljannah Binti Haji Alwie 019-4462578, Ulysses Anak Sait 0134662804 dan Melissa Anak Edward 019-4150668

Wednesday, July 15, 2009

SiLa bAcA...

Selamat Sejahtera,
Seperti yang diwar-warkan, peralihan penulis blog telah berlaku. So, lepas tok segala aktiviti akan dilaporkan oleh kamek(NYDP). First time tulis, xda pengalaman gik. Semua aktiviti yang dirancang akan dilaporkan sebelum dan selepas aktiviti dipolah. And tok adalah aktiviti yang akan dibuat dalam masa terdekat.


1. 20 Julai - Kaunter pendaftaran pelajar baru.
2. 2 Ogos – Hari interaksi 2009.
3. 11-16 Ogos – Gerai konvo.
4. Penjualan T-Shirt PERKASA. (harga xtauk gik)


Semua aktiviti sedang diuruskan oleh pengarah projek. Kamekorg pn nak jemput semua senior2 untuk join Hari Interaksi kat Pantai Kerachut. Yuran rm15 jak. And daftar waktu kaunter pendaftaran or terus berhubung dengan Amirah. Kamek juak memerlukan sesiapa yang berminat untuk jd AJK gerai konvo. PERKASA pun disuruh untuk membuat persembahan pada malam konvokesyen dan atas arahan BHEPP, PERKASA akan bergabung dengan PERSIS, IKMAR dan PKI. Semua msh dlm perbincangan n hopefully kita dpt bekerjasama ngan dak nya. Post seterusnya kamek akan perkenalkan semua MT and Sekretariat.
Sekian, terima kasih.


p/s: sila beri respon ye…(sorry, logo under construction)

Tuesday, July 14, 2009

lambaian ku

6 Julai 2009 - bermulanya sidang baru. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar yang baru menjejak kaki ke usm dan selamat kembali kepada yang pulang bercuti. bahasa skema dolok lah ek. perkataan-perkataan kmk ritok merupakan post terakhir dari kmk coz akan ada org lain takeover tok klak. kmk pun dah tua gilak dah (erm..sik juak tauk apa kaitan). harapan kamek, blog tok leh jadi satu medium publisiti (bukan nok murahan la ek) untuk PERKASA terus berjuang di USM. kmk memblog sitok bukan nak glamor semata2 hidung or telinga sekalipun, cuma ingin membuat alternatif untuk kita semua anak2 swak tauk perkembangan PERKASA luar ngan dalam. sapakah yang akan menjadi tukang tulis sitok kelak biarlah nya madah diri nya klak k. Aher kata dari kamek, teruskan perjuangan di pulau mutiara.

yang menulis- org salu lpk rah khalel tga bola.

Wednesday, April 29, 2009

end of session 2008/2009

berakhir sudah sidang 2008-2009. hala tuju selepas ini berubah bagi yang sudah graduate. memegang title sebagai mahasiswa bukan mudah, tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang sangat gawat. untuk mereka2 yang sudah tamat pengajian apakah rancangan anda?
maybe pulang taklah terus keja kan, nak relaks la dulu. tapi relaks paling lama boleh tahan pun 2 minggu la kot. lepas tu akan start jadi gila macam pusak hilang anak. Jom kita tengok apa option yang ada lepas graduate:

1. Belajar tinggi2 mesti nak keja baik2. Oleh itu merajinkanlah diri anda melayari portal2 di Internet. Bagi yang ingin memberi sumbangan dalam sektor awam, rajin2kanlah diri anda check portal SPA.

2. Try juga lah di JobStreet sbb banyak firma guna jobstreet utk hire pekerja. More efficient. Kalau da masalah nak me'resume' Jobstreet boleh tolong gak.

3. Kalau nak meniaga, sangat2 digalakan terutama dalam SME. SME dlam Swak masih belum ramai yang terllibat. Kalau berminat check la website SMIDEC kat www.smidec.gov.my

4. Dunia pelaburan buat masa ini agak ok lah sikit since peralihan kuasa, ekonomi pun beralih sikit. Jadi joinlah unit trust. Boleh gak naik BMW dua tiga tahun lagi kan.

5. TAKNAK KERJA? Nak study lagi. Dipersilakan menyambung study anda bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatkan daya saing.

6. KERJA TAKNAK, STUDY pun TAKNAK. Korang nak bantu Malaysia mencapai matlamat dalam Dasar Kependudukan 70 juta. Silakanlah kawen dan jangan lupa menjemput kami ok;)

Dimana pun anda berada, serta apa pun anda lakukan di luar sana, kami mendokan kejayaan anda semua. Sekiranya terkasar bahasa ketika bersama, kemaafan yang tidak terhingga saya pohonkan.

Bagi yang bercuti untuk 2 bulan ni, selamatkanlah cuti anda. Saya memerlukan rakan penulis di sini sebab saya turut memiliki blog peribadi.

sekian.

Monday, April 6, 2009

kebaruan

next. about AGM.
AGM 2008/2009 selamat diadakan pada 2 APRIL 2009 bertempat di Dewan Kuliah G. walaupun kehadiran kurang memberansangkan disebabkan ahli2 mempunyai komitmen lain serta alasan2 yang lain, AGM diadakan juga. dan keputusannya ialah spt berikut:
YDP: Ulysses
NYDP: Siti Hajar
S/U Agung: Amirah
Bendahari: Christina

Harapan: semoga terus memperjuangkan PERKASA serta mengenalpasti masalah serta merawati permasalahan tersebut. Kepada mantan2 MT, terima kasih atas perjuangan anda semua sebelum ini. Dengan pengalaman yang diperolehi semoga dapat diaplikasikan dalam kehidupan selepas ini terutama kehidupan selepas universiti.

Diri ini tidak mampu menaip panjang kerana menghadiri suku mesyuarat kerna perlu menghadiri mesyuarat lain. dan hendaknya memerluka seseorang yang lain juga membantu memberi laporan di sini. Untuk BAKTIS, tidak dapat melaporkan aktiviti berkenaan kerana diri ini tidak pergi ke sana. Mana-mana insan yang ingin berkongsi BAKTIS amat-amat dialu-alukan.

Diri ini bercadang untuk membuat satu social network untuk budak2 swak di Universiti, khasnya di USM ini. Seandainya bersetuju oleh majoriti, akan dibuat. Silakan nyatakan pendapat anda semua.

Akhir kata dari saya, selamat belajar untuk final exam. Dan bagi yang akan menghabiskan hari2 terakhir di USM, semoga berjaya di luar kelak.

Salam Belajar. H.A.W.

rombongan ke UKM

kisahnya bermula pada 13 March 2009-lebih kurang 30+ orang rakyat2 PERKASA menaiki bas USM beserta dua orang pemandu bas yang memandu bas dari Pulau Mutiara ke IbuKota. perjalanan bermula jam 6 ptg lebih sket melalui Penang Bridge. rombongan merisik ini diketuai oleh hulubalang ke 3 dalam kesultanan sarawak iaitu Hulubalang Ulysses serta dibantu oleh Srikandi2 beliau. Disebabkan kejatuhan nilai USD, penggunaan perkataan dikurangkan dan melayanlah gambar2 yang ada ya.
inilah keadaan rakyat jelata yang turut serta dalam rombongan tersebut. ada yang sedih bila terkenang akan meninggalkan istana walau seketika.

pemandangan kelapa sawit yang mengingatkan kampung halaman (teringat jalan kat subis ya ba)

inilah destinasi kami. UKM.
inilah tempat para pembesar di UKM beradu kuasa

pemandangan waktu malam dari istana hinggap

ketibaan yang disambut dayang2 PEMASRA. yang berbaju hitam itu lah Hulubalang Ulysses

hari pertama; cabaran pertama; melawat ke rumah anak yatim di cheras

para pembesar dan rakyat jelata mendengar titah daripada wakil kerajaan

para pembesar serta rakyat jelata bersama2 mengembirakan anak2 yatim dengan bermain permainan zaman milennium iaitu JIGSAW PUZZLE

sesi fotografi setelah tamat cabaran pertama

cabaran seterusnya, melawat ke sekitar istana UKM. ini merupakan gedung ilmu dimana pelbagai jenis ilmu boleh diperolehi disini.

suasana di dalam gedung ilmu

malapetaka yang tidak disangka iaitu hujan lebat yang seterusnya membawa kepada BANJIR

mobil2 yang ditenggelami air

perkarangan istana juga dilimpahi air teh?

cabaran ketiga; sesi permuafakatan bersama kabinet(upgrade skt) PEMASRA

cabaran yg tiada dalam perutusan awal; melawat ke Putrajaya. Istana Kerajaan Persekutuan

cabaran kelima; melawat para sahabat dari spesies yang berbeza

cabarab keenam; lawatan ke istana pencakar langit(nasib langit sik scratch)

pemandangan dari istana pencakar langit

tulang belakang kepada rombongan ini.

tamat cabaran;itulah shj.



laporan oleh syahbandar angkat.
p/s: lps tok siney gik nak merombong?hehe

Friday, March 20, 2009

AGM?

AGM aka annual grand meeting dgr2 nya akan dibuat next week. itu khabar2 angin. sempena AGM yang akan datang, saya ingin mencari rakan penulis di dalam blog ini. Sesiapa yang berminat sila tinggalkan comment atau text me kalau ada number saya. Ini kerana saya akan undurkan diri sedikit demi sedikit dari blog ini kerana saya akan mengacarakan dua blog peribadi. Satu tu memang dah ada. Kalau nak baca, klik kat sini. Satu lagi tengah mencari material. Yang baru nak buat ni,akan agak berat,sebab yang ada skrg hanya untuk santai.

Menyentuh pasal AGM, siapakah yang menerajui PERKASA di sidang depan? Apakah ciri-ciri manusia tersebut? Sesiapa pun yang memimpin di masa akan datang, semoga berjaya hendaknya. Janganlah dilupakan yang lama. Bersama-samalah membangunkan persatuan walaupun kedudukan berbeza.

sekian.

Saturday, February 14, 2009

mbk pix2

Seminggu sudah berakhir MBK. Laporan kali ini kurangkan ayat lebihkan gambar. Silakan melayan.

Before:

prac time. dr zmn tok kaduk kitorg mmg prac d dku nih.
(entah apa dak dua ya crita,mcm syok jak nak)


mekap time. by su salon


nasi impit first. isi perut juak
(lydia-steph-serin-lucy)

ketika:

paula & kerol
work hard for surat menyurat n jemputan
paula & protokol = best

gorgeous emcees- mhidupkan MBK
thanks to mark.deb.fit.and afiz

cabutan bertuah yg gembira..apa ka??
kak jumi yg mmg superb

our VIP. TNC BHEPP. Prof Omar Osman

After
hornbill band yg digemari (tdk tmsk yg mguna dress dan yg duduk ye..)


siapa plg gorgeous?

dancer2. mang-anne-ivy-serin-emma-dijah


p/s: i cilok gmbr dr u all..jgn mrh ok...