Wednesday, April 29, 2009

end of session 2008/2009

berakhir sudah sidang 2008-2009. hala tuju selepas ini berubah bagi yang sudah graduate. memegang title sebagai mahasiswa bukan mudah, tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang sangat gawat. untuk mereka2 yang sudah tamat pengajian apakah rancangan anda?
maybe pulang taklah terus keja kan, nak relaks la dulu. tapi relaks paling lama boleh tahan pun 2 minggu la kot. lepas tu akan start jadi gila macam pusak hilang anak. Jom kita tengok apa option yang ada lepas graduate:

1. Belajar tinggi2 mesti nak keja baik2. Oleh itu merajinkanlah diri anda melayari portal2 di Internet. Bagi yang ingin memberi sumbangan dalam sektor awam, rajin2kanlah diri anda check portal SPA.

2. Try juga lah di JobStreet sbb banyak firma guna jobstreet utk hire pekerja. More efficient. Kalau da masalah nak me'resume' Jobstreet boleh tolong gak.

3. Kalau nak meniaga, sangat2 digalakan terutama dalam SME. SME dlam Swak masih belum ramai yang terllibat. Kalau berminat check la website SMIDEC kat www.smidec.gov.my

4. Dunia pelaburan buat masa ini agak ok lah sikit since peralihan kuasa, ekonomi pun beralih sikit. Jadi joinlah unit trust. Boleh gak naik BMW dua tiga tahun lagi kan.

5. TAKNAK KERJA? Nak study lagi. Dipersilakan menyambung study anda bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatkan daya saing.

6. KERJA TAKNAK, STUDY pun TAKNAK. Korang nak bantu Malaysia mencapai matlamat dalam Dasar Kependudukan 70 juta. Silakanlah kawen dan jangan lupa menjemput kami ok;)

Dimana pun anda berada, serta apa pun anda lakukan di luar sana, kami mendokan kejayaan anda semua. Sekiranya terkasar bahasa ketika bersama, kemaafan yang tidak terhingga saya pohonkan.

Bagi yang bercuti untuk 2 bulan ni, selamatkanlah cuti anda. Saya memerlukan rakan penulis di sini sebab saya turut memiliki blog peribadi.

sekian.

Monday, April 6, 2009

kebaruan

next. about AGM.
AGM 2008/2009 selamat diadakan pada 2 APRIL 2009 bertempat di Dewan Kuliah G. walaupun kehadiran kurang memberansangkan disebabkan ahli2 mempunyai komitmen lain serta alasan2 yang lain, AGM diadakan juga. dan keputusannya ialah spt berikut:
YDP: Ulysses
NYDP: Siti Hajar
S/U Agung: Amirah
Bendahari: Christina

Harapan: semoga terus memperjuangkan PERKASA serta mengenalpasti masalah serta merawati permasalahan tersebut. Kepada mantan2 MT, terima kasih atas perjuangan anda semua sebelum ini. Dengan pengalaman yang diperolehi semoga dapat diaplikasikan dalam kehidupan selepas ini terutama kehidupan selepas universiti.

Diri ini tidak mampu menaip panjang kerana menghadiri suku mesyuarat kerna perlu menghadiri mesyuarat lain. dan hendaknya memerluka seseorang yang lain juga membantu memberi laporan di sini. Untuk BAKTIS, tidak dapat melaporkan aktiviti berkenaan kerana diri ini tidak pergi ke sana. Mana-mana insan yang ingin berkongsi BAKTIS amat-amat dialu-alukan.

Diri ini bercadang untuk membuat satu social network untuk budak2 swak di Universiti, khasnya di USM ini. Seandainya bersetuju oleh majoriti, akan dibuat. Silakan nyatakan pendapat anda semua.

Akhir kata dari saya, selamat belajar untuk final exam. Dan bagi yang akan menghabiskan hari2 terakhir di USM, semoga berjaya di luar kelak.

Salam Belajar. H.A.W.

rombongan ke UKM

kisahnya bermula pada 13 March 2009-lebih kurang 30+ orang rakyat2 PERKASA menaiki bas USM beserta dua orang pemandu bas yang memandu bas dari Pulau Mutiara ke IbuKota. perjalanan bermula jam 6 ptg lebih sket melalui Penang Bridge. rombongan merisik ini diketuai oleh hulubalang ke 3 dalam kesultanan sarawak iaitu Hulubalang Ulysses serta dibantu oleh Srikandi2 beliau. Disebabkan kejatuhan nilai USD, penggunaan perkataan dikurangkan dan melayanlah gambar2 yang ada ya.
inilah keadaan rakyat jelata yang turut serta dalam rombongan tersebut. ada yang sedih bila terkenang akan meninggalkan istana walau seketika.

pemandangan kelapa sawit yang mengingatkan kampung halaman (teringat jalan kat subis ya ba)

inilah destinasi kami. UKM.
inilah tempat para pembesar di UKM beradu kuasa

pemandangan waktu malam dari istana hinggap

ketibaan yang disambut dayang2 PEMASRA. yang berbaju hitam itu lah Hulubalang Ulysses

hari pertama; cabaran pertama; melawat ke rumah anak yatim di cheras

para pembesar dan rakyat jelata mendengar titah daripada wakil kerajaan

para pembesar serta rakyat jelata bersama2 mengembirakan anak2 yatim dengan bermain permainan zaman milennium iaitu JIGSAW PUZZLE

sesi fotografi setelah tamat cabaran pertama

cabaran seterusnya, melawat ke sekitar istana UKM. ini merupakan gedung ilmu dimana pelbagai jenis ilmu boleh diperolehi disini.

suasana di dalam gedung ilmu

malapetaka yang tidak disangka iaitu hujan lebat yang seterusnya membawa kepada BANJIR

mobil2 yang ditenggelami air

perkarangan istana juga dilimpahi air teh?

cabaran ketiga; sesi permuafakatan bersama kabinet(upgrade skt) PEMASRA

cabaran yg tiada dalam perutusan awal; melawat ke Putrajaya. Istana Kerajaan Persekutuan

cabaran kelima; melawat para sahabat dari spesies yang berbeza

cabarab keenam; lawatan ke istana pencakar langit(nasib langit sik scratch)

pemandangan dari istana pencakar langit

tulang belakang kepada rombongan ini.

tamat cabaran;itulah shj.



laporan oleh syahbandar angkat.
p/s: lps tok siney gik nak merombong?hehe