Wednesday, July 22, 2009

Hari Interaksi Perkasa

Hari Interaksi Perkasa 2009



( Pemandangan semasa hiking ke Pantai Kerachut )

( Tasik Meromiktik di Taman Negara Pulau Pinang. )


Hari Interaksi Perkasa akan diadakan pada 2 Ogos 2009 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara anak-anak sarawak namun ini tidak bermakna mahasiswa dari negeri lain tidak boleh mengikuti Hari Interaksi ini. Yuran bagi Hari Interaksi ialah RM 15 bagi ahli PERKASA manakala bagi bukan ahli yuran dikenakan sebanyak RM 18.oo. Antara aktiviti yang akan dijalankan, hiking, game, sesi suaikenal dan sebagainya. Kepada yang berminat untuk menyertai Hari Interaksi sila datang ke kaunter PERKASA untuk mendaftar. Sila Hubungi Melissa Edward 019-4150668 dan Amirah Nuruljannah Binti Haji Awie 0194462578 untuk keterangan lanjut.

T-Shirt PERKASA

Front

Baju PERKASA Untuk Sidang 2009/2010


Back

T-shirt PERKASA telah direka oleh Mohd. Hafiz Bin Hossen yang merupakan Exco Teknikal dan Pameran PERKASA bagi sidang ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah T-Shirts PERKASA sila datang ke kaunter PERKASA di DK Foyer. Kaunter PERKASA akan dibuka dari 21-24 Julai 2009. Harga bagi T-shirt ini ialah RM20.oo dan anda juga boleh menempah baju terlebih dahulu dan membayarnya kemudiaan. Anda boleh memilih baju lengan pendek atau panjang. Sila hubungi Amirah Nuruljannah Binti Haji Alwie 019-4462578, Ulysses Anak Sait 0134662804 dan Melissa Anak Edward 019-4150668

Wednesday, July 15, 2009

SiLa bAcA...

Selamat Sejahtera,
Seperti yang diwar-warkan, peralihan penulis blog telah berlaku. So, lepas tok segala aktiviti akan dilaporkan oleh kamek(NYDP). First time tulis, xda pengalaman gik. Semua aktiviti yang dirancang akan dilaporkan sebelum dan selepas aktiviti dipolah. And tok adalah aktiviti yang akan dibuat dalam masa terdekat.


1. 20 Julai - Kaunter pendaftaran pelajar baru.
2. 2 Ogos – Hari interaksi 2009.
3. 11-16 Ogos – Gerai konvo.
4. Penjualan T-Shirt PERKASA. (harga xtauk gik)


Semua aktiviti sedang diuruskan oleh pengarah projek. Kamekorg pn nak jemput semua senior2 untuk join Hari Interaksi kat Pantai Kerachut. Yuran rm15 jak. And daftar waktu kaunter pendaftaran or terus berhubung dengan Amirah. Kamek juak memerlukan sesiapa yang berminat untuk jd AJK gerai konvo. PERKASA pun disuruh untuk membuat persembahan pada malam konvokesyen dan atas arahan BHEPP, PERKASA akan bergabung dengan PERSIS, IKMAR dan PKI. Semua msh dlm perbincangan n hopefully kita dpt bekerjasama ngan dak nya. Post seterusnya kamek akan perkenalkan semua MT and Sekretariat.
Sekian, terima kasih.


p/s: sila beri respon ye…(sorry, logo under construction)

Tuesday, July 14, 2009

lambaian ku

6 Julai 2009 - bermulanya sidang baru. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar yang baru menjejak kaki ke usm dan selamat kembali kepada yang pulang bercuti. bahasa skema dolok lah ek. perkataan-perkataan kmk ritok merupakan post terakhir dari kmk coz akan ada org lain takeover tok klak. kmk pun dah tua gilak dah (erm..sik juak tauk apa kaitan). harapan kamek, blog tok leh jadi satu medium publisiti (bukan nok murahan la ek) untuk PERKASA terus berjuang di USM. kmk memblog sitok bukan nak glamor semata2 hidung or telinga sekalipun, cuma ingin membuat alternatif untuk kita semua anak2 swak tauk perkembangan PERKASA luar ngan dalam. sapakah yang akan menjadi tukang tulis sitok kelak biarlah nya madah diri nya klak k. Aher kata dari kamek, teruskan perjuangan di pulau mutiara.

yang menulis- org salu lpk rah khalel tga bola.